Dr. Syed Faizal

4 cara mempengaruhi orang lain

Di dalam seni mempengaruhi orang. Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai cara dan strategi untuk mempengaruhi manusia. Nama pun seni kan….

Perkongsian pada kali ini, ada 4 strategi atau cara yang anda sebagai Pengurusan dan Profesional di jabatan kerajaan atau swasta boleh lakukan untuk mempengaruhi anak buah anda

1. FAHAMI STRUKTUR ORGANISASI DAN KUASA AUTORITI ANDA

Setiap organisasi mempunyai 2 bentuk kuasa. Kuasa Formaliti dan Kuasa informal. Sebagai pegawai atasan, anda boleh mempengaruhi kakitangan bawahan melalui memo, surat rasmi, mesyuarat dan perkara-perkara yang diberikan kuasa melalui carta organisasi kepada anda

Namun kuasa ini sahaja tidak cukup. Orang mungkin ikut cakap anda. Tetapi hati mereka barangkali tidak. It is the heart that you need to touch

Bagaimana ?

Sekali sekala, ajak seorang atau beberapa anak buah anda untuk minum pagi, petang atau makan tengahari. Gunakan waktu ini untuk berkongsi tentang diri anda dan cungkil tentang diri mereka.

2. KONGSIKAN MATLAMAT ANDA BERSAMA ANAK BUAH

Tiada istilah kakitangan yang tidak bagus. Yang ada hanyalah kakitangan yang tiada matlamat atau tiada wawasan. Hakikatnya setiap orang mempunyai matlamat tersendiri bekerja. Ada yang kerja untuk duit, ada yang kerja untuk memenuhi masa lapang mereka, ada yang kerja untuk menyokong pendapatan pasangan mereka dan ada juga yang bekerja untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat

Saya pernah jumpa seorang guru KAFA yang berkhidmat hampir 20 tahun dengan gaji yang tidak seberapa hanya kerana matlamatnya mahu memberi bakti kepada anak-anak yang bersekolah di tempat kerjanya.

Jadi, sebagai pegawai anda perlu atau wajib kongsikan matlamat atau hala tuju jabatan, unit atau misi
kepada pasukan anda. Barulah “Behaviour” atau cara kerja mereka akan lebih produktif dan faham apa yang
nak dicapai.

3. FAHAMI BAHASA PENGHARGAAN DAN DORONGAN KAKITANGAN ANDA

Tahukah anda ?

Mengikut kajian Dr. Gary Chapmen (Pengasas 5 Bahasa Cinta) menyatakan ramai kakitangan berhenti kerja bukan kerana isu gaji. Tetapi kerana tiada penghargaan ditempat kerja.

Oleh itu pelajari dan fahami bagaimana Bahasa Cinta memberi kesan kepada individu yang bekerja di organisasi anda. Ada 5 Bahasa Cinta atau kita namakan 5 Bahasa Penghargaan dan Dorongan ditempat kerja.

Rujuk Poster dibawah ini

4. BELAJAR MEMPERCAYAI KAKITANGAN ANDA DAN BANTU MEREKA

Latih diri anda dan anak buah anda untuk saling mempercayai satu sama lain. Hubungan manusia ini asasnya memerlukan kepercayaan. Tanpanya, hubungan antara orang atasan dan bawahan akan rapuh.

Bayangkan anda berikan projek kepada anak buah untuk siapkannya dalam tempoh satu minggu. Tetapi setiap hari hampir 2 ke 3 kali anda “follow-up” atau pantau progresnya. Ini akan meruntuhkan jambatan kepercayaan antara anda berdua.

Carilah titik seimbang untuk percaya dan curiga anak buah anda. Terlebih curiga membawa keretakan hubungan. Pada waktu sama bantu mereka untuk selesaikan tugasan dengan baik.

Gunakan teknik soalan yang betul, arahan yang jelas dan sekali sekala “be there for them”.

Bukan Hanya diawal dan akhir tugasan sahaja.

Moga bermanfaat.

Dr. Syed Faizal

Jurulatih Komunikasi & Kepimpinan

Jemputan / Pertanyaan Whatsapp ke 019 – 211 12 85 (Dr. Syed)

Blog

4 cara mempengaruhi orang lain

Dr. Syed Faizal Laman Utama Profil Kursus Blog 4 cara mempengaruhi orang lain Di dalam seni mempengaruhi orang. Tidak dapat...

© 2013 – 2023 Syed Faizal Training & Consultant . All rights reserved.